Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, September 17, 2012

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT


Sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri jugak...jom fahamkan makna bacaan dalam solat kita..rugilah bertahun2 sembahyang tapi sekadar baca dan ingatan sahaja..mudah-mudahan mendatangkan kekusyukan & mendekatkan kita dengan Tuhan.. :)



(sila klik gambar untuk paparan lebih jelas) 

Makna Doa Duduk Antara Dua Sujud...





Makna Tahiyat & Salam....

Saturday, July 28, 2012

Iqra' ad-dua'..


Salam ramadhan kareem..just sharing with all of you on doa we always recite in this fasting month...may Allah bless all of us and forgive our sins...



Thursday, July 19, 2012

ya Allah pertemukanlah... :)


Menuju ke hari yang di tunggu-tunggu..semoga sentiasa lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...amat rugi bagi yang melaluinya tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya...semoga kita dipermudahkan dan berjaya menempuh ketiga-tiga fasa..salam ramadhan kareem..

Ku mengharapkan ramdhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna ^_^



Sunday, June 24, 2012

Buat yang tersayang...


Tiada sebaik-baik kata atau tindakan yang bisa membalas tiap jasa-jasa kalian..hanya cebisan doa yang mampu dihadiahkan buat yang amat teristimewa dan tersayang...maafkan andai diri ini tidak bisa menyenangi hati kalian kerana kadang kali hati ini mudah sekali memberontak...ya Allah hanya padaMu aku beserah dan hanya padaMu kami kembali...rahmati dan kasihilah mereka...





Thursday, June 30, 2011

Doa ketika demam

بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّار
وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ”


Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.



mari sama-sama amalkan...semoga kesakitan yang dilalui adalah kifarah buat kita...mari menjadi hamba~ (^_^)

Thursday, March 24, 2011

Dhuha


  • Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
  • Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

  • Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

  • Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
  • Doa selepas menunaikan solat dhuha


ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu, 
kecantikannya kecantikan-Mu,
keindahannya keindahan-Mu, 
kekuatannya kekuatan-Mu, 
kekuasaannya kekuasaan-Mu,
perlindungannya perlindungan-Mu.
ya Allah, jika rezeki masih di langit turunkanlah,
jika di bumi keluarkanlah, 
jika sukar permudahkanlah, 
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, 
kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




   
insyaAllah moga sentiasa menjadi amalan kita bersama..demi setiap jiwa dalam genggaman-Nya moga tiap detik kita serahkan kepada-Nya mendapat perlindungan dari Rabbal A'lamin~

Friday, March 4, 2011

DOA MENGHIMPUNKAN SEGALA KEBAIKAN




Ya Allah ya Tuhanku,

sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebaikan

yang sekarang atau yang akan datang,

yang aku telah ketahui dan yang belum aku ketahui

dan aku berlindung diri kepadaMu

daripada segala kejahatan yang sekarang dan yang akan datang,

yang aku telah ketahui atau yang belum ketahui

dan aku memohon kepadaMu syurga dan segala

yang boleh mendekatkan aku kepadanya

daripada perkataan ataupun amalan

Dan aku berlindung diri kepadaMu daripada api neraka

dan segala yang boleh mendekatkan aku kepadanya

daripada perkataan ataupun amalan.

Aku memohon kepadaMu kebaikan yang dipohon dengannya

oleh hambaMu dan utusanMu Muhammad SAW dan

aku mohon perlindungan kepadaMu apa yang dipohon perlindungan

oleh hambaMu dan utusanMu, Muhammad SAW dan

aku memohon kepadaMU agar segala yang Engkau putuskan buatku

daripada apa-apa urusan sekalipun

biarlah Engkau jadikan akibatnya yang baik jua"


Musnad Ahmad bin Hanbal no 2

5137


Daripada Aisyah r.a bahawa

Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud

"Bacalah doa ( seperti ini)

Monday, December 6, 2010

1 Muharram 1432H

Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan Muharram iaitu bulan pertama dalm Sistem Takwin Hijrah (Hijriah) yang ditetapkan oleh Saidina Umar Al-Khatab. Samada sedar atau tidak,sebenarnya usia kita semakin bertambah, ajal semakin dekat dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Mungkin ramai yang telah berazam untuk menjadikan tahun 1432 Hijrah ini sebagai medan untuk kita melipatgandakan ketaqwaan dan amalan di sisi Allah swt insyaAllah. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini iaitu :

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat.

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”.
( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :

Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)

Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

InsyaAllah kita bersama-sama memperbanyakkan doa dan amalan bukan sahaja pada awal dan akhir Muharram tetapi pada setiap saat dan ketika. Di sini kami kepilkan salinan doa yang sering dibaca menjelang ketibaan Muharram. 
 


3. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Hadis riwayat Muawiyah ra berkata : Aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka.
( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda
saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”Sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.


4. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulan Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

5. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandarkan kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nabi Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak.

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris & petikan dari blog Fadzlina