Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

~Hadith~


hari ini bertemu saya ngan seorang sahabat... menceritakan kepentingan keduaniaan dengan memberikan hadith yang biasa kita dengar
"Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

walau pun kata kata kawan ini menjerumus untuk memberikan motivasi ke arah kehidupan dunia.. dan dia jugak tidak menafikan kepentingan mencari akhirat.. dan saya hanya mendengar.


pandangan saya, tidak salah kita mencari kehidupan dunia kerana ianya jambatan ke akhirat...namun saya juga melihat diri saya sendiri... berapa kalikah saya memikirkan tentang akhirat dalam 24 jam.. adakah apabila waktu solat sahaja..?
cuba kita renungkan .. berapa banyak masa dalam kehidupan kita untuk kita berusaha mendapatkan akhirat? selama hidup 20 > 30 > 40 > 50 > 60 tahun atau lebih,berapa banyak masa kita luangkan untuk kehidupan di akhirat?
perlu ingat ibadah bukan hanya kepada pekara2 yang fardhu ain yang memang wajib kerana ini adalah tugas WAJIB kita sebagai hamba.. ibadah juga adalah dalam kehidupan ..tetapi berapa ramai yang sedar tentang ini hingga lupa tentang kehidupan itu satu ibadah..?


Perhatikan baik baik hadith di atas... mana kah yang lebih penting, Dunia @ akhirat? Banyak yang menggunakan hadith diatas untuk meraih kepantingan dunia atau untuk memberikan tanggapan kepada kepentingan dunia..(saya tidak nafikan ini)
Cuma apa yang saya ingin kita perhatikan; penggunaan ayat hadith ini..
1) Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi
2) beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

Apa yang saya lihat hadith ini juga menerangkan mengenai MASA..
1)Jika kita diberikan hidup selama 1000 tahun, adakah kita akan berusaha mendapatkan bekalan keduniaan untuk 1000 tahun secara mendadak? (agak mustahil) tetapi percayalah kita akan mendapatkan nya secara berperingkat..(maksudnya kita masih mempunyai masa untuk mengumpul harta dunia) MASA kamu sangat panjang...namun.....


2)Jika kamu tahu akan mati esok hari.... bagai manakah ibadah kamu kepada ALLAH Swt? adakah masih menunggu masa yang berperingkat untuk beribadah atau kamu akan menumpukan seluruh kehidupan rohani dan fizikal hanya untuk mencapai keredoaan ALLAH..?Sudah tentu ibadah kamu akan menjurus kearah keikhlasan yang sangat tulus...kerana KAMU AKAN MATI ESOK HARI...kamu tiada MASA.

Disini saya ingatkan :
1)Saya hanya mahu anda fikirkan ttg kepentingan antara keduanya tanpa menidakkan kepentingan keduanya.

2)Juga hadith ini menjurus kearah ibadah kepada ALLAH dan hanya sampingannya kepada Keduniaan; dan YANG PASTI, dalam melakukan pekara pekara keDUNIAan adalah semuanya melingkungi faktor IBADAH..(dosa dan pahala)

3)Bagi yang menggunakan Hadith ini semata mata mahu mendapatkan kepentingan keduniaan tanpa melihat yang lebih penting yakni AKHIRAT... harap berhentilah kerana ALLAH tahu apa isi hatimu.

Friday, February 11, 2011

DIALOG ABU HANIFAH DENGAN ILMUAN KAFIR TENTANG KETUHANAN...

Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?

 
 
Imam Abu Hanifah pernah bercerita…

Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya.

Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan dialog dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara saf-saf masjid, bangunlah seorang lelaki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak bertukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Dia pun mula bertanya, "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bermulalah acara dialog…

Atheis : Pada tahun berapakah Robbmu dilahirkan?

Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"

Atheis : Masuk akalkah bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya?

Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.

Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!

Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang ilmu matematik?

Atheis : Ya.

Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?

Atheis : Tidak ada angka (kosong).

Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan
hairan kalau sebelum Allah Yang Maha Satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?

Atheis : Dimanakah Robbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada, pasti ada tempatnya.

Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?

Atheis : Ya, sudah tentu.

Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana dan di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?

Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.

Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta`ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!

Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Robbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau mengewap seperti gas?

Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?

Atheis : Ya, pernah.

Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?

Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.

Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?

Atheis : Ya, masih ada.

Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?

Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.

Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta`ala?!!

Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?

Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?

Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.

Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta`ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?

Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.

Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?

Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktikkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Kita mula melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.

Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?

Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.

 "Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanyak Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah.

Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak berhak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.

Moga bermanfaat...

MENGAPA TIDAK TERUS MINUM DARI TEKO?


 
 
 
Sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang Pencari Kebenaran yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Pencinta Kebenaran.

Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Pencinta Kebenaran tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.

Sikap Pencari Kebenaran yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Pencinta Kebenaran tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap para Pencari Kebenaran sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.


Bermulalah sebuah kisah……….

Suatu hari, datang seorang Pencari Kebenaran ke sebuah majlis ilmu bertujuan untuk bertemu dengan Pencinta Kebenaran di majlis tersebut. Maka berlakulah dialog di antara Pencari Kebenaran dan Pencinta Kebenaran di ruang tamu rumah Pencinta Kebenaran itu.


Pencinta Kebenaran : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?


Pencari Kebenaran : Terima kasih Pencinta Kebenaran. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.


Pencinta Kebenaran : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya, mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?


Pencari Kebenaran tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.


Pencari Kebenaran : Begini Pencinta Kebenaran, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pencinta Kebenaran. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa di kebanyakan majlis ilmu di Indonesia, Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali guru-gurunya mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih selesa kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam Maksum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Pencinta Kebenaran mendengar segala hujah yang disampaikan oleh Pencari Kebenaran tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi Pencari Kebenaran tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pencinta Kebenaran, beliau bertanya kepada Pencari Kebenaran tersebut,


Pencinta Kebenaran : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?


Pencari Kebenaran : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pencinta Kebenaran.


Pencinta Kebenaran : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?


Pencari Kebenaran : Benar sekali Pencinta Kebenaran .

Pencinta Kebenaran lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.


Pencinta Kebenaran : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pencinta Kebenaran, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.


Pencinta Kebenaran terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?


Pencari Kebenaran : Pencinta Kebenaran, mana boleh saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.


Pencinta Kebenaran : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?


Pencari Kebenaran : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.


Pencinta Kebenaran : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.


Pencinta Kebenaran : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?


Pencari Kebenaran : Sudah tentu Pencinta Kebenaran.


Pencinta Kebenaran : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?


Pencari Kebenaran : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.


Pencinta Kebenaran : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang Pencari Kebenaran di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pencari Kebenaran tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pencari Kebenaran itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pencari Kebenaran tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah..! Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.


Pencari Kebenaran : MasyaAllah, terima kasih Pencinta Kebenaran atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .


Pencinta Kebenaran : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar Insya Allah.