Sunday, September 6, 2009
Ramadhan Dua Zaman
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
p/s: sekadar penghayatan bersama dan c0retan nurani di kala dini hari (^_^)
masih bersemangatkah kita menempuhi sisa-sisa ramadhan yang masih berbaki ini? mudah-mudahan kita sentiasa beristiqamah dalam menjalankan ibadah di dalam bulan yang penuh barakah ini...
Tuhan berikan kekuatan agar dapat aku menjalankan ibadah ini dengan sempurna...agar madrasah ramadhan ini dapat mendidik jiwaku dan keluarkanlah aku daripadanya sebagai graduan yang cemerlang...agar bisa aku menjadi hamba yang bertaqwa dan sentiasa berada di atas jalan-Mu..janganlah Engkau palingkan hatiku daripada jalan kebenaran dan jangan Engkau tumbuhkan rasa kecintaanku kepada nikmat kurniaan-Mu melebihi kecintaanku kepada-Mu dan rasul-Mu. Tumbuhkan rasa kecintaanku kepada-Mu agar aku tidak terpaut pada pautan cinta dunia yang membelenggu jiwa...amin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 star...
ReplyDeletebile kite mahu menjadi mrk???
(^_^) mulakan dr skang uteh~
ReplyDeletecah!!
ReplyDeletermadhan xabesh ag..
tp aku da wish camat ari raye awl2..
xpe kan!!
hehe..
mnx maap ye cah..
ampun3x..
ilham same2 r kte mntak maap dr hjg rambut smpai kaki kalu ade yg terasa aty n sakat2 hg h0h0~
ReplyDeletei'm h0me (sje nk bg jelez ehe~)