Saturday, August 15, 2009

Ahlan wasahlan~

Salam muhibbah semua mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat serta limpah kurnia-Nya. Debaran ramadhan kian dirasai. Kurang seminggu seluruh umat islam bakal menyambut ibadah yang sangat di nanti-nantikan ini. Wah tak sabar rasanya (^_^)

Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik. Bayangkan para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdoa selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdoa selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah SWT. Kerinduan itu ada pada diri mereka karana mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.

Hurm..bagaimana pula dengan generasi zaman kini? Belum tiba ramadhan sibuk pula kita membuat persiapan raya. Kuih raya..baju raya...hantu raya? hehe...Renung-renung dan fikir-fikirkanlah tapi itulah ternyata fenomena yang berlaku kini...

Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Di sini ana ingin kemukakan sedikit tips yang diperoleh untuk sahabat-sahabat dan ana sendiri praktikan demi menyambut bulan yang mulia ini...J0m2 pakat teng0k (^_^)

1. Berdoa agar Allah SWT memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat kita boleh melaksanakan ibadah secara maksima: puasa, solat, tilawah, dan zikir.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

2. Pujilah Allah SWT kerana Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah SWT kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

4. Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga yang akan membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah SWT maka Allah SWT akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

6. Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses (tazkiyatun nafs) pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT di bulan Ramadhan.

8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubat nasuha.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad SAW dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”


Semoga Allah SWT memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikanny a. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

p/s: m0h0n kemaafan kepada semua atas segala kesilapan diri yang dilakukan sama ada secara sedari mahupun tidak. Mudah-mudahan ramadhan kali ini membawa detik perubahan yang baik dalam hidup kita. ahlan wasahlan ya ramadhan...selamat menyambut ramadhan semua...ayuh bertarawih (^_^)

No comments:

Post a Comment