Wednesday, June 3, 2009

Soalnya hati ???

Resah, gelisah, tidak tenteram, kecewa dan rasa macam gunung berapi nak meletus pun ada. Mengapakah perasaan ini melanda??? Oh mengapakah??? Sakit hatikah??? Rasa gelora di jiwa atau bahasa mudahnya jiwa kacau. Itulah hati manusia yang sukar ditafsir dan difahami hanya tuan punya diri yang memahami. Itupun belum pasti adakah manusia ini sebenar-benar memahami hati, jiwa dan perasaan sendiri. Mari menyingkap dan bicarakan takbir maknawi mengenai segumpal darah bernama hati ini. Hati anda tak tenang ini puncanya...

1. Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

9. Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan neraka dunia kerana dunia itu panas akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Inginkan ketenangan dalam hati??? dengan mengingati Tuhan pasti hati menjadi tenang..Insya-Allah..

p/s: sekadar peringatan & renungan bersama. selepas ini ana akan bawakan lebih banyak perk0ngsian ilmu yang di baca untuk di k0ngsi bersama para pembaca sekelian...dengan ini diharap ilmu yang diperoleh dapat dimanfaat dan diamalkan bersama...nantikan kemunculannya...

hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan bukannya untuk menerima sebanyak-banyaknya - petikan laskar pelangi (^_^)


Ya Allah yang membolak-balikan hati manusia lindungilah kami dari sifat mazmumah dan tercela semaikanlah hati kami ini dengan sifat terpuji seperti sabda junjungan baginda

5 comments:

  1. wa~ bagusnyer entri ni..


    thanx for de wish..!! ku terharu~ :(

    ReplyDelete
  2. sgt teras...n sgt insaf...

    mecih ecah...

    ReplyDelete
  3. saye juga T_T

    mulai saat ini marilah & samalah2 kita berubah drpd yg krg baik kpd baik...drpd yg baik kpd yg terbaik...drpd yg terbaik kpd yg lebih lebih baik...mudah-mudahan ianya berterusan dlm hidup kita sehingga ajal datang menjemput tiba (^_^)

    ReplyDelete