Wednesday, September 24, 2008

Perbualan Nabi S.A.W Dengan Syaitan....

Nabi SAW: Siapakah yang mencahayakan muka engkau?

syaitan: Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu & pemugkir janji

Nabi SAW: Apakah rahsia engkau kepada umatku?

syaitan: Apabila umatmu berhadas besar, dan dia tidak membaca doa pelindung syaitan maka hamba akan sapukan najisnya sendiri di belakangnya tanpa dia sedari

Nabi SAW: Apabila umatku bersatu bersama isterinya, bagaimanakah hal engkau?

syaitan: Apabila umatmu membaca doa pelindung syaitan maka larilah hamba. Jika tidak aku terlebih dahulu bersetubuh bersama isterinya maka bercampurlah benih hamba. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar melakukan maksiat,suka melakukan dosa, malas pada kebaikan dan duhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya. Demikian juga jika makan dengan tidak membaca Bismillah maka hamba akan terlebih dahulu makan daripada mereka dan jika mereka makan pun tiadalah rasa kenyang.

Nabi SAW:Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?

syaitan: apabila melakukan dosa bertaubatlah dan menangislah dengan penuh kekesalan.
Apabila marah segeralah ambil air sembahyang maka terpadamlah kemarahan.

Nabi SAW:Siapakah orang yang engkau paling suka?

syaitan: lelaki atau perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiaknya dan ari-ari selama 40 hari, maka dengan itu kami akan mengecilkan diri bersarang dan bergantung dan berbuai-buai seperti pijat pada bulunya.

Nabi SAW: hai iblis siapakah yang bersekutu dan bersedudukan dengan engkau?

syaitan: apabila lelaki dan perempuann muda bertemu hamba akan berpaut pada leher perempuan itu hamba akan menghias wajahnya dengan senyuman manis dan jelingan menggoda. apabila di pandang belakangnya maka nampaklah lehernya yang halus,pinggang dan punggungnya yang bergerak-gerak dan membangkitkan nafsu. manakala di pandang hadapannya hamba menghias dadanya dengan menggerakkan dua kuntum yang melekat pada dadanya. maka hamba panah hati keduanya atau salah seorang daripadanya maka bergerak-geraklah nafsu syahwatnya. siapa yang tidak memelihara hatinya maka tidak terpeliharalah farajnya. barang siapa yang tidak memelihara farajnya tidak terpeliharalah imannya.

Nabi SAW: Hai iblis! dimana engaku diam?

syaitan: di rumah-rumah berhala, batu dan kayu. apabila mereka menyembah selain Allah maka hamba cenderungkan hati mereka bertambah keyakinan mereka terhadap perbuatan syirik. Sudah berapa banyak hamba pesongkan hati umatmu masuk menyembah ke rumah berhala majusi dan hindu menunjukan betapa nipisnya iman mereka.

Nabi SAW:hai iblis! siapakah penyokongmu?

syaitan: iaitu orang tidak bertaubat dan yang ketawa apabila melakukan maksiat.ya Allah, sesungguhnya telah hamba binasakan hambaNya dengan mengerjakan pelbagai maksiat maka sukanya hamba, tiba-tiba apabila mereka mengucapkan Lailahaillallah maka binasalah hamba kerana ucapannya itu. satu lagi keuntungan hamba apabila umatmu bersiul sukanya hamba kerana apabila kami dibuang ke dunia kami mengembara dan bersiul-siul dengan girangnya.sesungguhnya bersiul itu hiburan iblis syaitan.

Nabi SAW: hai iblis apakah kesudahan ikhtiar engkau kerana aku telah dibangkitkan bagi menyalamatkan bani adam daripada fakir kepada iman dan daripada gelap gelita kepada terang benderang?

syaitan: maka syaitan mengangkat kepalanya ke hadrat Allah "demi kemuliaan Mu ya Allah..hamba akan berusaha bersungguh-sungguh menyesatkan hambaMu dengan segala jalan kemaksiatan selagi hayat dikandung bandang hamba akan campurkan pemuda pemudi berkenalan agar mudah hamba mencelah di antaranya"

Firman Allah SWT:

Hai malaun (iblis yang dilaknat)demi kebesaranKu dan ketinggianKu bahawa Aku sentiasa mengampuni dosa umat Muhammad selagi mana mereka itu meminta ampun kepadaKu

maka iblis laknatullah berkata Ya Rasulullah bahawasanya hamba sangat hairan melihat 2 macam hal sekelian hamba Allah

1) mereka mengaku kasih kepada Allah padahal mereka taat padaku dengan berbuat maksiat

2) meraka sangat marah padaku tetapi mengikut hasutanku

Maka firman Allah SWT:

kasih mereka padaKu, akan aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat yang mereka lakukan kerana perdayaan dan marah mereka pada engkau (iblis) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat yang mereka lakukan kepadaku

maka nabi menghalau iblis dan berduka citalah iblis kerana telah tahu umat akan tipu dayanya....

p/s:marilah kita menghindarkan diri kita dari tipu iblis syaitan ini yang tidak akan berputus asa menyesatkan umat manusia. betapa kasihnya Allah kepada kita dan masih lagi memberi keampunan pada kita meskipun kita melakukan dosa kepadanya walaupun dosa yang dilakukan itu kita sedari. renungkanlah =)

No comments:

Post a Comment