Sunday, August 21, 2011
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ku takut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
sekadar berkongsi saya sangat suka lagu ini kerana mengingat kan diri ini adalah hamba yang tak punya apa2 selain daripada pengharapan dan pergantungan semata-mata kepada Maha Pencipta..
alhamdulillah...masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan sepuluh malam terakhir...moga kita bertemu dengan malam yang amat dinanti2kan lailatul qadar...rahsia dalam rahsia..hanya Allah yang Maha Mengetahui...semoga kita semua sentiasa beristiqamah hingga ke penghujung ramadhan ini...insyaAllah....
semoga kita menjadi graduan yang berjaya dari madrasah ramadhan ini dengan segulung ijazah taqwa...semoga kita melepasi ke tiga-tiga fasa ini dengan jayanya dan beroleh..keampunan..kerahmatan dan terlepas dari seksaan azab api neraka yang amat pedih dan sangat dasyat...layakkah kita ke syurga Allah? sedangkan hari-hari dan setiap saat yang berlalu di saluti dengan dosa dan noda....hanya dengan maghfirah dan rahmat Allah sahaja kita mampu ke sana mudah-mudahan..perbanyakkanlah berdoa dan beramal...ya Allah makbulkanlah :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment