Friday, June 12, 2009

Hati-hati dengan hati...


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kali ini post siri ke-3 mengenai hati. Mari kita bicara lagi mengenai hati agar benar-benar kita memahami sebuah jasad yang bernama hati..Hati-hati ya dgn hati! Di sini suka untuk saya bicarakan mengenai hati yang mana merupakan organ terpenting dalam diri kita dan betapa manusia mengagungkannya. Boleh hidup tanpa hati? Mudahan-mudahan perk0ngsian sedikit maklumat & petua ini dpat dimanfaatkan bersama dan berguna (^_^)

Mari bicara mengenai destinasi hati. Bukankah Allah menyuruh kita bertafakkur dalam banyak firmanNya? Tafakkur kerana mahu mencari dan mengenal Allah itu sendiri merupakan salah satu mekanisme melembutkan hati. Tatkala kita mengingati insan yang mengasihi dan menyayangi kita pun hati kita sudah menjadi lembut dan mendamaikan, apatah lagi bila kita mengingati Allah yang mengurniakan kasih sayang kepada para ibubapa dan juga kekasih.

Allah menyatakan sifat orang beriman dalam Surah al-Ra’du ayat 28,

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenteramlah hati manusia.”

Kita tidur di atas tilam jenis apa? Kalau kita tidur di atas tilam ‘dreamland’ sebagai contohnya, kita akan dapat menikmati tidur yang aman tenteram kerana tilam yang lembut dan selesa. Begitulah jua dengan hati kita. Hati lembut dek zikrullah akan membuatkan kita merasa tenang dan selesa.
mari kita merenung lagi…

Allah yang menciptakan dirimu dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan...
Allah jua yang memelihara dirimu hingga kau dewasa kini...
Allah yang memberi akal untukmu berfikir...
Allah jua yang meletakkan kornea di matamu sehingga terungkap keindahan alam...
Allah yang menjadikan gegendang telinga sehingga dapat kau hayati merdunya bunyi...
Allah yang mencipta hati sebagai raja diri manusia...
Baik raja, tenteramlah rakyat...
Jahat raja, binasalah rakyat...


Di samping hati, Allah ciptakan nafsu yang cenderung kepada perbuatan maksiat. Sifat nafsu itu malas, keras, ego dan sebagainya lagi. Tiada siapa yang mampu menundukkan nafsu manusia kecuali Allah.

Petua Mencuci Hati

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat




Wallahua'lam..wassalam...

2 comments:

  1. Awak,
    berHATI HATI ye awak.
    Saya takde selama empat hari :)

    ReplyDelete
  2. haha..tetiba rndu plak pada ch0..
    ye hati sy akn behati-hati awk =P

    ReplyDelete