Tuesday, May 19, 2009

Diam....

Pabila telah tiba waktu itu
Izinkan aku memilih diam
Diam membawa seribu satu makna
Pada tafsiran berbeza pada maksud yang sama

Diam bukan bererti marah
Diam bukan bererti kalah
Diam bukan bererti salah
Diam bukan bererti lemah

Diam mengajar aku memahami sabar
Diam adalah salju memadam api amarah
Diam umpama bunga penyeri halaman mereda gelora
Diam dibina dengan ambang bulan mencari kebenaran
Diam seperti memandang cermin diri

Aku telah memilih diam
Sepi tanpa kata
Kerana ada kalanya diam lebih elok dari berbicara
Jika bicara hanya mengundang dosa
Memarak api sengketa
Mendatang bencana disalah teka

Bagi yang tidak memahami
Usah disalah tafsirannya
Izinkan aku memilih diam
Sehingga ku temui kata-kata
Yang mampu menjadi makna


p/s: sekadar coretan nurani...fahamilah bagi yang tidak memahami-3.02AM

No comments:

Post a Comment