Saturday, March 14, 2009

Adakah hati kita telah ternoda ?



Tepuk dada tanyalah diri anda bagi menjawab persoalan post kali ini....tuan punya diri lebih memahami dirinya lebih dari orang lain...

Kadang-kadang perkataan maksiat itu sudah tidak berapa memberi kesan yang mendalam kepada kita. Seringkali apabila diingatkan oleh kawan-kawan supaya menjauhi maksiat, maka yang tergambar hanyalah perbuatan zina. Sedangkan maksiat mempunyai maksud derhaka. Maka segala penderhakaan yang dilakukan manusia terhadap tuhannya adalah maksiat. Dengan ini maksiat merangkumi seluruh perbuatan dosa baik kecil mahupun besar.

Suatu hari Imam Syafi’i duduk di hadapan Imam Malik. Dia membacakan sesuatu yang membuatkan Imam Malik berasa kagum. Imam Malik sangat mengagumi kecepatannya dalam menangkap pelajaran, kecerdasannya, dan pemahamannya yang sempurna. Imam Malik berkata “Aku telah melihat bahawa Allah telah meletakkan sinar di dalam hatimu. Jangan padam sinar itu dengan kegelapan maksiat”. Imam Syafi’i menjawab, “Aku mengadukan hafalanku yang buruk kepada Waki’. Ia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat. Waki’ berkata, “Ketahuilah bahawa ilmu Allah itu anugerah dan anugerah Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat”.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam bukunya “ad-da’ wa ad-dawa’”, ( penyakit dan ubat ), menerangkan keburukan maksiat kepada seorang pelakunya:

Maksiat akan membuat seseorang itu :

1. Terhalang daripada Ilmu,
2. Berkurangnya rezeki,
3. Timbul kegelisahan dan kekacauan di dalam hati,
4. Urusannya menjadi bertambah sukar,
5. Hatinya akan menjadi gelap,
6. Badan dan jiwanya akan melemah,
7. Dia akan terhalang dari melakukan ketaatan,
8. Umur dan keberkatan padanya akan berkurang,
9. Keinginannya melakukan kebaikan akan hilang,
10. Maksiat akan berkumpul padanya,
11. Dia akan menjadi hina di hadapan Allah SWT,
12. Dia akan sentiasa berasa cemas,
13. Dia akan menjadi hina,
14. Akalnya akan merosak,
15. Dosa yang telah menompok akan terus terpahat di hatinya
16. Dosa yang masuk ke dalam hati itu akan menyebabkannya mendapat laknat Rasulullah SAW.
17. Tidak akan termasuk dalam golongan yang didoakan oleh Rasulullah
18. Menimbulkan kerosakan di muka bumi
19. Hilang sikap Malu
20. Hilang keesaan Allah dalam hatinya
21. Lupa kepada Allah
22. Menghalau Ihsan dari pelakunya
23. Menghilangkan nikmat dan menghalalkan dendam
24. Mendatangkan rasa takut, khuatir, cemas
25. Membutakan pandangan daripada kebenaran
26. Mengecilkan Jiwa
27. Menjadikan pelakunya tawanan syahwat
28. Menjatuhkan Martabatnya di hadapan Allah dan manusia
29. Mendatangkan celaan
30. Mempengaruhi akal
31. Memutuskan hubungan seorang hamba dengan tuhannya
32. Menghinakan orang di hadapan diri sendiri
33. Membutakan hati dan melemahkan kesedaran1


Lihatlah betapa banyak keburukan maksiat kepada kita...maksiat hanya menodakan hati manusia...susahnya untuk menghafal ilmu yang diajar rupanya hati telah ditutupi dengan kegelapan maksiat...mudahan-mudahan post kali ini menyedarkan kita bersama dan marilah berusaha menjauhi maksiat...fitrah manusia mudah lupa...hari ini ingat esok lupa..pagi ingat petang lupa...peringatlah antara satu sama lain....

p/s: sekadar peringatan & renungan bersama =)

No comments:

Post a Comment