Sunday, February 22, 2009

Salju Kedamaian.......

Salam & good day,

Masa untuk update blog setelah sekian lamanya maklumlah bz sikit sejak akhir-akhir ni...TEST2 adeh...1 more to go MASS TRANSFER...all da bez bg semua yang mengambil paper ini...chaiyok2 =)

Salju Sakinah...Inilah tajuk buku yang baru je aku beli semalam karya ZAID AKHTAR. Cantik namanya tajuknya secantik bukunya. My 1st novel dengan harga RM26.00 d beli di MBS Megamall Kuantan. Actualy buku ni da lama keluar cuma baru terdetik di hati untuk membeli setelah d promote oleh sahabat baik ku (NUR SAKINAH KAMARUDIN). Jumpa juga akhirnya setelah meredah dua tiga bookstore mungkin buku lama da xde stok. Ade jugak novel lain yang aku jumpa dan berjaya mencuit hatiku salah satunya KETIKA CINTA BERTASBIH tapi xley beli lari bajet daaa tunggu lain kali pulak lepas habiskan novel ni.Aku bukanlah peminat tegar novel tapi bagus juga layan novel ni d samping mengisi masa terluang boleh juga tambah ilmu pengetahuan n release tension. Sebelum ini ada juga layan novel tetapi kebanyakannya novel Inggeris (Harry Potter - my favorite novel bez layan novel dari ceritanya sebab banyak part yang tiada dalam muvi) & novel lain juga yang berunsur hiburan semata-mata. Banyak novel di luar sana tetapi kebanyakan novelnya berunsur cintan-cintun semata-mata dan banyak yang jalan ceritanya lebih kurang je...dah ley agak ending nyer huhu~

Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang novel Salju Sakinah ni. Novel ini merupakan novel berunsur islam yang sarat dengan pengajaran dan memberi faedah kepada pembaca. Bagus untuk dimiliki (promot2 hehe...)


Inilah novelnyer....SALJU SAKINAH...salju kedamaian....

Sedikit komen para bembaca (diambil dari cover belaknag buku):

" Novel Salju Sakinah seronok dibaca kerana jalan ceritanya yang menarik, gaya bahasa yang santai tetapi sarat dengan pengajaran dan keinsafan. senario kisahnya berkisar di negara asing dan secara tidak langsung penulis berjaya membuatkan pembaca seolah-olah mereka berada di situ. Buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan seharusnya menjasi salah satu koleksi pilihan sama ada untuk tatapan sendiri ataupun cenderahati" - ZUARIDA MOHYIN, wartawan utusan Malaysia

" Novel berunsur Islam memang sudah banyak tetapi sukar mencari roh keIslaman dalam novel yang banyak ini. Novel Salju Sakianh ini kira sudah mampu menyediakan hidangan untuk pembaca mengecapinya. Citra muslimah setbah Sumayyah begitu ketara menjadi kekuatan novel ini. Naratifnya cukup Islamik, namun pengarang dengan penuh sedar memilih untuk tidak didaktik dalam menghantar amanatnya. Kadang-kadang terasakan seolah-olah novel ini dikarang oleh seorang wanita. Sebagai penelaah novel saya merasai Salju Sakinah berupaya menjentik hati dan membangunkan jiwa. Inilah novel Islami berspektif muda yang matang, yang jarang-jarang sekali kita temui di antara banyak novel di Malaysia" - AZIZI HAJI ABDULLAH, Novelis Seorang Tua di Kaki Gunung dan Penerima SEA Writr Award 1988 & MASTERA 2007

Sedikit sinopsis untuk tatapan anda:

NOVEL Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Sumayyah, 25 tahun berhadapan pelbagai rona ujian yang mencabar kematangannya dan wibawanya sebagai pelajar jurusan Syariah di universiti Timur Tengah.

Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia. Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semester terakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat.

Walaupun watak Sumayyah menjadi sudut pandangan utama di dalam novel ini, tetapi persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik, sosial dan ilmu turut disentuh di dalamnya. Lantaran, sewaktu di Jordan, Sumayyah amat intim dengan isu Palestin, Iraq dan dunia Islam sekitarnya disebabkan pergaulannya dengan pelajar-pelajar Arab yang tinggal berjiran dengannya. Sedaya mungkin Sumayyah cuba membantu teman-temannya yang menghadapi kesan dan tekanan perang.

Selain itu, novel ini juga tidak melupakan aspek sosial dengan mengenengahkan isu sumbang mahram, hasad dengki, fitnah -memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat. Sumayyah berhadapan dengan fitnah daripada jirannya dan akhirnya berjaya membongkar kes sumbang mahram yang dialami jirannya itu.

Bahkan, ia juga mengupas aspek ekonomi orang Islam dengan perusahaan kerepek yang diwarisi Sumayyah daripada ayahnya. Industri desa yang popular di Batu Pahat ini menjadi latar utama novel ini sepanjang watak Sumayyah berada di kampungnya.

Novel ini berlangsung selama kira-kira sembilan bulan. Bermula pada musim panas pertengahan Mei dan berakhir pada musim sejuk akhir Januari tahun berikutnya. Ia dimulakan dengan kejutan-kejutan di luar duga dalam diri Sumayyah di penghujung pengajiannya: Hubungannya dengan Afnan, siswa Universiti al-Azhar terputus, beberapa masalah persatuan pelajar, malah turut berkongsi derita dengan pelajar-pelajar Palestin.

Seminggu selepas peperiksaan akhirnya pada awal Jun, tanpa menunggu keputusan rasminya keluar, Sumayyah terbang pulang ke Malaysia. Apabila tiba di rumah, dia terkejut apabila mendapati ayahnya baru sahaja meninggal dunia sepuluh hari yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Berita duka itu sengaja dirahsiakan keluarganya memandangkan peperiksaan akhir yang sedang dijalaninya.

Di kampungnya di Senggarang, Batu Pahat, Sumayyah meneruskan usaha ayahnya membangunkan kilang kerepek bersama ibunya dan Muazam, pembantu ayahnya. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Sumayyah dalam meneruskan industri yang makin berkembang, namun dia mendapat sokongan kuat daripada Muazam, pemilik Diploma Pengajian Perniagaan. Kerjasama ini menguatkan hubungan mereka yang direstui ibunya.

Di samping itu, Sumayyah tidak lupa menumpahkan khidmat ilmu kepada masyarakat dengan aktif memberi kuliah agama, menjadi tempat rujuk masyarakat dan terlibat dengan pergerakan wanita di kampungnya bersama bekas gurunya, Ustazah Samihah. Program Yaasin dan tazkirah dari rumah ke rumah yang sebelumnya mati dihidupkannya semula.

Namun, dia diuji apabila jiran sebelah rumahnya yang baru bersuami muda mula memfitnahnya. Lebih memeritkan, kakak dan abang iparnya sendiri terpengaruh dengan ajaran sesat.

Bagaimanapun pada pertengahan September, Sumayyah menerima kejutan yang sangat mencabar keimanannya apabila menerima panggilan telefon dari Jordan. Dia diberitakan gagal salah satu kertas yang diambilnya pada semester terakhir apabila slip sebenar keputusan rasmi dikeluarkan pihak senat universiti ? walhal sebelumnya dia telah diberitakan lulus berdasarkan keputusan tidak rasmi yang ditampal oleh pensyarah. Maknanya, dia masih belum bergelar graduan.

Dia malu amat, sukar untuk menerima kenyataan. Tetapi terpaksa juga secara senyap-senyap kembali ke Jordan pada awal Oktober untuk meneruskan satu subjek yang masih tersangkut setelah didesak oleh ibunya yang baru sedikit pulih daripada serangan kencing manis. Urusan kilang diserahkan kepada Muazam.

Walaupun terasa sangat malu, namun ditabahkan hatinya berhadapan dengan teman-teman. Peluang keduanya belajar di Jordan dihabiskan dengan ?menadah? kitab dengan ulama dan para pensyarah. Namun kesedihan itu terubat kerana dia dilamar oleh Naufal, pelajar sarjana yang selama ini meminatinya secara diam-diam.

Pada akhirnya, salji yang lebat turun menduga kesabarannya apabila suami yang dinanti tidak pulang kerana terperangkap dalam ribut salji di Amman. Walau bagaimanapun novel ini masih diakhiri dengan kejutan di luar jangka yang positif.

Selebihnya, novel ini menawarkan nilai-nilai murni yang wajar diteladani pembaca. Justeru sebagai sebuah novel Islamik, sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat turut dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah.

Sedikit ole-ole untuk anda:

MEMANG kurang ajar! Biadab! Melampau! Sumayyah menghumban dirinya ke tilam. Hatinya membara dan panas. Pedih dan tersiat. Rasanya tidak pernah dia semarah ini seumur hayatnya. Kalau diikutkan hatinya yang hangat, mahu saja dia berlari ke rumah sebelah lalu dilempang atau dicilinya mulut jirannya itu. Tetapi rasional dan imannya lekas menyabarkan. Andai dia gagal mengawal emosi dan bertindak tidak waras, kelak dia juga yang dianggap bengong atau kurang siuman. Bersabarlah,pujuk umi selalunya. Orang gila macam tu usah dilayan. Biarlah dia perasan sendiri. Ingat kita tergiur kat laki dia? tambah Yusnani pula. Namun kalimat mereka berdua cuma penenang sementara. Lantaran kebenciannya terhadap Zaleha kadang-kadang mencapai tahap maksimum dan sukar dimaafkan. Kalaulah dia pemerintah berkuasa, perempuan berakhlak seburuk itu akan dikerengga hingga pengsan.Telinga Mak Milah ni sendiri dengar Leha buruk-burukkan Mai. Katanya Mai ada hati nak ngurat laki baru dia. Selalu senyum-senyum bila lalu depan rumah dia.

Nak tahu lebih lanjut bacalah novel nyer =)

p/s: sape nk pnjm novel pas ni ley la tp pas tuan nyer habis membaca dlu...sejam RM5 (hehehe..cam keta sewa plak)...booking awal2 yer..salam..peace =)

2 comments:

  1. Adeh... panjangnya entri nih.. x larat nak baca.. copy paste dari tenet ke nih? hahahahaha...

    abg pun baru beli novel semalam kat klcc.. Ungu Karmila kar Ramli Awang Mursyid.. hehehe

    ReplyDelete
  2. huhu...part sinopsis je copy paste...
    nk tulih p0n x larat huhu...nk test mne sempat tulih pnjg2 hee...

    wah bgus2 beli byk2 enchange2 =)

    ReplyDelete