Thursday, January 8, 2009

LUPA

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entry kali ini berbunyi LUPA. Ade orang cakap kita lupa sebab makan semut betol ke? Memang manusia mudah lupa. Penyakit lupa adalah salah satu fitrah manusia. Cuma keadaannya berbeza di antara satu sama lain. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud "Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatilah aku". Lupa adalah penyakit ilmu, sebagaimana Imam Hassan Al-Basri berkata"Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyaklah ilmu seseorang".

Penyebab kepada lupa adalah MAKSIAT yang dilakukan oleh seseorang. Perkara ini disebut oleh sahabat Ibnu Masu'ud RA "Aku beranggapan bahawa seseorang itu melupai ilmu yang dipelajarinya disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukannya". Apabila dilakukan dosa oleh anak adam maka hitamlah hatinya dengan titik noda.

Patutlah susah sangatkan kita nak hafal dan ingat apa yang kita belajar rupa-rupanya hati kita telah dicemari dengan dosa dan noda. Ya Allah ampunilah hambamu ini yang tak bisa lari dari melakukan dosa. Pada siang hari aku mengingatimu dan takut melakukan laranganmu tapi adakalanya pada sebelah petangnya pula aku lalai dan alpa pada-MU. Begitulah hari silih berganti Kau tetapkanlah imanku agar di beri kekuatan untuk menempuhi semua ujian dan godaan syaitan yang sentiasa membisikkan hasutan kepada manusia.

Mari kita lihat pada contoh Imam Shafie. Imam Syafie juga antara tanda keajaiban kerana hafalannya sehingga dikatakan ketika membaca kitab, beliau terpaksa menutup sebelah kitab dikhuatiri matanya akan terpandang pada yang sebelah lagi dan terhafal. Wah hebat bukan. Pada suatu hari hafalan Imam Syafie agak tumpu, lalu beliau dapati ia adalah kesa daripada susu kambing yang memakan tanaman orang laon tanpa izin. Sebab itu kita perhatikan ulama' terdahulu cukup mengambil berat soal makan dan menjauhi maksiat.

Antara cara-cara lain untuk menguatkan ingatan adalah seperti berikut:

1)Perbanyakkan membaca Al-Quran agar hati kita bercahaya

2)Biasakan diri menghafal Al-Quran. Ini boleh menajamkan otak

3) Terus beramal dengan ilmu yang dipelajari. Biasanya ilmu yang diamalkan susah dilupai. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

4) Membiasakan diri dengan minum madu lebah seperti yang dilakukan oleh Imam Az-Zuhri, seorang tabi'in

5) Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari.

p/s: wahai sahabat sekelian mudah-mudahan apa yang kita blajaq selama ini dapat kita amal dan ingat. mudah-mudahan menjadi orang yang berjaya =)

2 comments: