Sunday, January 4, 2009

15 PERKARA HALAL BALA

Hadith Imam At-Tarmizi:
15 Perkara apabila dilakukan oleh umatnya maka halal bala bagi mereka.

Bala yang dimaksudkan ialah bukan sahaja bala bencana yang Allah turunkan salah satu daripadanya ialah ditarik sifat iman atau dihapuskan cahaya muka orang-orang yang soleh.

"Apabila kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka"

1) Apabila harta kekayaan negara dinikmati golongan tertentu

2) Apabila amanah itu dijadikan untuk mengaut keuntungan

3) Apabila zakat dianggap sebagai cukai

4) Suami mempertuankan isteri

5) Menderhaka ibunya
"Hendaklah kamu bercakap dengan perkataan yang mulia"

6) Baik sengan sahabat

7) Renggang dengan ibu bapa

Berapa banyak sekarang anak-anak muda kita lihat lebih mementingkan sahabat daripada kedua ibu bapa mereka. Malah ada yang sanggup mengikut kata-kata sahabat daripada kedua ibu bapa yang telah berpuluh-puluh tahun mendidik dan mengasuh mereka

8) Orang yang hina (iaitu orang yang tidak taat perintah Allah) menjadi pemimpin dikalangan kamu

9) Lelaki yang hina dimuliakan

10) Minum arak

11) Lelaki yang memakai sutera

12) Artis disanjungi

Berapa banyak sekarang ini kita lihat yang sangat menyanjungi artis dan sanggup mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh artis. Peminat fanatik la katakan...

13) Dialuni dengan muzik yang tidak dibenarkan dalam Islam
"Trompet itu satu jenis daripada suara2 syaitan"

14) Umat sekarang ini menghina umat terdahulu (nabi dan di kalangan sahabat)

Baru-baru ini kita dicetuskan dengan isu blog dan friendster yang menghina bukan sahaja menghina nabi bahkan Tuhan. Nauzubillah

15)Mengangkat suara (bercakap hal duniawi) di masjid atau surau

Manusia kini lebih suka bercakap sehinggakan di tempat solat, masjid, surau pon masih membincangkan soal2 duniawi

p/s: Sekadar renungan dan peringatan bersama. Insaflah wahai diri yang mudah lalai dan alpa dibaluti kenikmatan dunia yang tiada kekal abadi =)

2 comments: