Monday, August 25, 2008

Ramadhan al-kareem




Assalamualaikum w.b.t

Ramadahan bakal menjelang tidak lama lagi..di sini suka saya untuk berkongsi perihal ramadhan bersama-sama sahabat sekelian...selamat menyambut ramadhan al-mubarak...

dari Firman ALLAH SWT:



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (2:183)


(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).(2:185)

Sesiapa yang mendirikan (malam Ramadhan) dengan solat terawih dan qiyamullail di sepuluh malam akhirnya) dengan keimanan dan berharap ganjaran dari Allah maka keluarlah dia dari dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunyaý(hadis)


Ketika ramadhan menjelang, Rasulullah saw bersabda bermaksud; Wahai manusia, menjelang bulan agung lagi berkat. Bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan Fardhu, seolah-olah dia telah mendapat 70 pahala fardhu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardhu di bulan-bulan lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang awalnya rahmat, tengahnya keampunan dan akhrinya diselamat daripada neraka. (Hadis)


Ramadhan semakin tiba. Ia adalah bulan yang dinantikan oleh mereka yang mahu melipatgandakan ibadah kerana amalan fardhu di dalam bulan tersebut digandakan sebanyak 70 kali ganda. Amalan sunat didalamnya menyamai amalan fardhu di bulan-bulan selain Ramadhan. Oleh itu masyarakat berpusu-pusu ke masjid bersolat tarawih. Semoga amalan dan latihan bersolat jemaah di masjid sepanjang bulan ramadhan diteruskan pada bulan selain Ramadhan setelah tamatnya Ramadhan.Alangkah baiknya jika kita memperuntukkan beberapa hari dan cuti kita tahunan kita untuk hari-hari terakhir Ramadhan agar kita dapat berikhtikaf di siang hari dan jua di malamnya kita memanfaatkan kelebihan pahala ibadah 1000 bulan yakni malam Lailatul Qadr.


Perihal Ramadhan AlMubarak



Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan

doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Banyakkan bersedekah
23) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
24) Berbuka bersama org tua
25) Jemput tetamu berbuka
26) Kurangkan berat badan
27) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
28) Baiki hubungan suami isteri
29) Baiki hubungan jiran
30) Elakkan berbelanja berlebihan
31) Kuatkan kesabaran
32) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
33) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
34) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
35) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
36) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
37) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
38 Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
39) Melazimkan solat waktu
40) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
41) Elakkan banyak berhutang
42) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
43) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)


1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

Baca ayat akhir surah Al Baqarah Baca ayat Kursi Baca surah Yaasin Baca surah Al Zalazah Baca surah Al Qafirun Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
Mandi Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran



p/s: mari sama-sama merebut kemanisan ibadah kepada ALLAH di bulan mulia ini, kerana belum pasti kita akan bertemu Ramadhan pada tahun akan datang..



wallahua' lam..

No comments:

Post a Comment