RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri,anak, kaum kerabat danumat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda,Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiatitu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah,
perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. Larangan dan
suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah,boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama
orang beriman. Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan
dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga
belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali,
takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam)
tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang
siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang,
maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali,
janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'.
Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali,
sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahula yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku.
Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkanEngkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Kuini mengetahui bahawasanya tiada yangmengampunkan dosa melainkanAku. Hai malaikat-Ku:Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali,
takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu
menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).
Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan
oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar)
itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali,
peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba.
Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur
dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali,
janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,
kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan
sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan
tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali,
janganlah engkau mencita-citakan
rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali,
takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-
hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya
jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali,
sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.
Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah,
manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana
sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali,
janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah,
duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran
Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada
dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali,
perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan
untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh
peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali,
apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga
pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau
maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali,
perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan
antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan
rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan
darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku).
Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka
berbahagialah kiranya bagi yang terasing..
p/s: Sekadar renungan buat muslimin dan muslimat...jadikanlah wasiat2 ini sebagai panduan dalam menempuhi kehidupan yg penuh pancaroba ini dan panduan dalam menuju ke alam yg kekal abadi....
~ISLAM IS A WAY OF LIFE~
No comments:
Post a Comment