Umat Islam menyambut Hari Raya 'Idilfitri dengan gembira dengan mengadakan rumah terbuka untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ummah. Selepas sambut raya dengan penuh kesyukuran disunatkan pula berpuasa enam hari pada Syawal yang pahalanya menyamai puasa setahun.
Genap lapan hari sudah umat Islam menyambut Hari Raya 'Idilfitri. Dan dalam usaha meningkatkan amalan yang berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma untuk enam hari, yang dikenali sebagai puasa enam.
Bagi mereka yang memulakan puasa enam pada 2 Syawal secara berterusan, hari ini, adalah ‘hari raya’ kedua bagi mereka, namun bagi yang belum lagi memulakannya, masih belum terlewat melaksanakan amalan sunat itu kerana kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal.
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan hari raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa dalam Ramadhan.
Ia juga memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru, diutamakan puasa enam Syawal bermula pada 2 hari Syawal.
Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samaada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada hari raya puasa kedua dan dilakukan secara berterusan sehingga tamat enam hari.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa." - (Riwayat Muslim).
Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa dalam bulan Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, kita perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan dalam amalan fardhu kita. Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan yang baru berlalu itu berkurangan, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal kepada kekurangan itu.
Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang baik kepada mereka untuk menggantikannya disamping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pula pada tahun akan datang.
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada bulan Syawal ini.
Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan daripada Tsauban, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan, sedangkan puasa enam hari (pada Syawal) pahalanya sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." - (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Siapa berpuasa Ramadhan, lantas di sambung dengan enam hari lagi pada bulan Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun." – (Hadith riwayat Al-Bazzar)
Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadis.
Membiasakan puasa enam selepas Ramadhan memiliki banyak manfa'at serta fadhilatnya, di antaranya adalah:
- Puasa enam hari pada Syawal adalah sebagai pelengkap dan penyempurna pahala daripada puasa setahun penuh;
- Puasa Syawal dan Sya'aban bagaikan solat sunat rawatib, berfungsi sebagai sesuatu penyempurna daripada kekurangan. Perkara ini kerana pada hari kiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.
Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidak-sempurnaan dan keadaan ini akan memerlukan sesuatu untuk menutup dan menyempurnakannya.
- Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.
- Segala amalan yang dikerjakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan yang mulia ini, selama dia masih hidup.
p/s: marilah kita bersama-sama berpuasa nam...bukan sekadar mengejar hikmahnya..tp keredhaan Illahi perlu lita utamakan...moga beroleh keberkatan =)
Monday, October 6, 2008
Sunday, October 5, 2008
aidilfitri..kemeriahan dirasai....
hurm....salam aidilfitri semua....sudah 5 hari umat islam menyambut aidilfitri...
kemeriahannya tetap dirasai walaupun sudah lima hari tp dihari kelima ni la dah nak kena balik u da....rasa malas pon ada hehe....lagu2 raya tetap berkumandang dicorong2 radio...hurm bosan la on da way balik ump ni tukaq2 siaran semua still men lagu rayer...adeh...mmg bez lagu2 ni tapi dengaq slalu pon naik penin gak kpala ni hehe...
me as usual la..rayer je rumah menjadi sasaran sahabat-handai ayah & bonda, & juga sanak saudara....x menang tangan dibuatnya....mmg tiap2 hari la open house rugi la sapa x mai hehe...macam2 ada.....menu2 masakan dihari rayer:
raya pertama:
-nasi tomato,rendang ayam,daging (masak mamak),kambing,udang
raya kedua:
-nasi beriani,daging masak hitam,ayam
raya ketiga:
-spegetti ade dua jenis kuah (carbonara & kuah merah),laksa johor
raya keempat:
-pulut kuning,daging masak hitam,ayam kari
raya kelima:
-bihun/mee soto
wah mmg pecah perut la makan sepanjang hari rayer ni..kalu timbang berat pasni kompem naik dua tiga kilo hehe....ape lagi nak share yer time rayer ni ek...hurm pa2 pon rayer mmg bez ley kumpul sanak saudara...ley jmpa2 kawan2...yg paling bez duit rayer la....hoho...kueh rayer pon bez gak..sape2 nk mkn kueh rayer jmput la ke bilik hehe =)
.jpg)
gambaq rayer...ni la my family....beznyer behari rayer huhu =)

Subscribe to:
Posts (Atom)